Sunday, February 15, 2009

Serai 3 bulan

HARI ini genaplah serai yang saya tanam dua bulan. Ada yang membesar dengan subur dan ada yang kecut, chedeng macam tak mau tubuh. ada lebih kurang setengah ekar serai yang ditanam di cerun bukit, tak berapa mau tumbuh. Salepas ditanam dulu hujan lebat, maka habis dibawa top soil dan serai sekali kebawah bukit. Untung orang tanah sebelah yang mulanya tanah nya lembah tapi sekarang dan cantik dek mengalirnya top soul ke tanah dia.

Wednesday, October 8, 2008

BARU NAK BUAT KAJIAN TANAM SERAI

Hari ni teman buat blog baru khas untuk depository maklumat dan pengalaman orang lain tanam serai paha ayam. Masing-masing ada pengalaman sendiri. ada susah senangnya. bagi saya ini pengalaman baru

Tanah seluas 21 ekar telah ditanam dengan sawit. Disebabkan timing tak kena, anak sawit yang besar susah nak dapat, maka terpaksalah tanam anak sawit yang kecil saiznya. Maka adalah ruang untuk buat tanaman kontan sementara sawit membesar.

Saya cadangkan nak jadikan blog ni depository maklumat yang dikumpulkan dari pengalaman orang lain. Pastinya saya kena mohon kebenaran pemilik blog untuk petik maklumat yang saya rasa penting.