Wednesday, October 8, 2008

BARU NAK BUAT KAJIAN TANAM SERAI

Hari ni teman buat blog baru khas untuk depository maklumat dan pengalaman orang lain tanam serai paha ayam. Masing-masing ada pengalaman sendiri. ada susah senangnya. bagi saya ini pengalaman baru

Tanah seluas 21 ekar telah ditanam dengan sawit. Disebabkan timing tak kena, anak sawit yang besar susah nak dapat, maka terpaksalah tanam anak sawit yang kecil saiznya. Maka adalah ruang untuk buat tanaman kontan sementara sawit membesar.

Saya cadangkan nak jadikan blog ni depository maklumat yang dikumpulkan dari pengalaman orang lain. Pastinya saya kena mohon kebenaran pemilik blog untuk petik maklumat yang saya rasa penting.

1 comment:

pasirjarang said...

Saya terpanggil utk melihat tanaman saudara iaitu serai. Di kampung serai ni tumbuh sendiri. Kadang2 tak payah tanam dah ada. Apa jenis seria yang saudara usahakan? Mungkin lepas ini boleh belajar cara menanam dan mengurusnya. Terima kasih.

Dpd Pasirjarang.